MEMBANGUN BERSAMA

Tuesday, July 30, 2013

Selamat Bersara

"Jasamu tetap dikenang, budimu tetap disanjung". Selamat bersara kepada Cik Puziah bt. Hj. Abdullah setelah 34 tahun 8 bulan menaburkan bakti mendidik anak bangsa. Terima kasih atas segala kerjasama, contoh teladan, bimbingan dan panduan yang diberikan. Moga berbahagia, sihat dan sejahtera menjalani kehidupan selepas ini. Kenangan di SMK Seri Intan tetap terpahat.


Tuesday, July 16, 2013

Perhimpunan Rasmi Badan Beruniform SMK Seri Intan 2013

Perbarisan Pasukan Kadet Polis
Perhimpunan Rasmi  Badan Beruniform diadakan pada setiap hari Isnin minggu ke-3. Badan beruniform iaitu Kadet Polis, Kadet Remaja Sekolah, PBSM, Pengakap, Puteri Islam dan Renjer Puteri akan melaksanakan perbarisan secara bergilir-gilir. Pemeriksaan perbarisan dilakukan oleh Lt. Kol. Tn. Hj. Mohamad bin Yusof, diiringi Pn. Hjh Zalila bt. Mohd Tahir selaku Guru Penolong Kanan Kokurikulum.

"Baik Sahsiah, Maju Kokurikulum, Cemerlang Akademik"

Sjn. Mohd Afifi bin Abd Wahid 'melapor'


Pemeriksaan Barisan



Monday, July 15, 2013

Pertandingan IQ Puzzle
Penyampai Berita Terkini
MINGGU PUSAT SUMBER 2013

      Minggu Pusat Sumber, SMK Seri Intan, Kluang telah kembali lagi untuk tahun 2013. Pelbagai aktiviti telah disediakan untuk menarik minat pelajar datang ke Pusat Sumber dan memanfaatkan setiap sudut yang disediakan. Berikut adalah aktiviti yang akan berlangsung :-
1.  Teka berat buku
2.  Bijak Atlas
3.  Mencari frasa menarik
4.  IQ Puzzle
5.  Baca Dan cerita
6.  Berita Terkini
7.  Jejak Maklumat
       Marilah bersama-sama memeriahkan lagi sambutan Minggu Pusat Sumber  2013.

Cari dan Kumpul Frasa Menarik
Penyampai Berita Terkini
Baca dan Cerita


Wednesday, July 10, 2013

Sambutan Hari Koperasi 2013


Gerai Jualan yang dikendalikan oleh Kelab dan Persatuan
Aktiviti pameran daripada beberapa agensi kerajaan dan NGO
 Pertandingan Pakaian Beragam yang disertai oleh kanak-kanak tadika berhampiran.
Pertunjukan ular oleh Jabatan Pertahanan Awam (JPAM)

Pertandingan Koir
Pemeriksaan Kesihatan

"Ke arah Persekitaran Sejagat" ialah tema Hari Koperasi bagi tahun 2013. Sambutan Hari Koperasi diadakan bermula 17 Jun sehingga 17 Julai 2013 dengan pelbagai acara. Upacara pelancaran telah diadakan pada 17 Jun diikuti acara kemuncak pada 6 Julai. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Gerai Jualan, Pameran Agensi Kerajaan dan NGO, Pertandingan dan Persembahan. Sambutan amat menggalakkan terutama daripada pelajar, guru, kakitangan dan komuniti setempat. Kemeriahan jelas terasa apabila setiap acara yang diatur berjalan dengan lancar. Tahniah! kepada penganjur dan sekalung terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang memberikan kerjasama yang baik.

Monday, July 8, 2013

Wednesday, February 6, 2013

Bermula 20 Februari 2013 pihak sekolah Smk Seri Intan akan menguatkuasakan pelekat kenderaan (motorsikal pelajar). Sehubungan itu motorsikal yang tidak mempamerkan pelekat ini tidak dibenarkan memasuki kawasan sekolah.